kisahkitew chepet

walaupun hidup kita selalu ceria macam SHIN CHAN tak semestinya kita tiada masalah macam NOBITA & DOREMON.Dalam hidup kita mesti selalu bekerjasama macam WONDERPETS agar kita tidak dapat masalah macam HAGEMARU....& kita mesti selalu jadi PENGHIBUR SAHABAT dalam suka & duka macam SPONGE BOB & PATRICK semoga kamu semua sentiasa senyum macam WOODY WOOD PACKER...Apa yang penting???KERJASAMA!!

Sunday, January 2, 2011

kawan

Dalam mencari dan menjadi kawan...kita kena give and take..
Bukan sentiasa kita hanya menerima atau memberi..
Kalau kita sentiasa ada untuk kawan kita dalam apa jua masalah, tapi bila kita ditimpa masalah, dia pula menghilang..itukah kawan??
Yes, manusia akan buat silap, but kalau sentiasa kesilapan yang sama, macam mana?
Kita hargai dia but dia tak hargai kita and best part is kita korban segalanya untuk kawan kita but dia sedikit pun tak nak berkorban, macam mana??
Kita selalu jaga perhubungan kita, kita tak buat perkara yang buat dia tak suka or marah but dia tak pernah fikir semua tu tentang kita...
Dia nak kita memahami dia, faham masalah dia, faham diri dia, but dia tak pernah nak buat semua tu pada kita...
Dia nak kita ada untuk dia, but dia tak pernah ada untuk kita...
Dia nak kita bahagiakan dia, gembirakan dia, bagi semangat, pendek kata segala-galanya bagi dia but dia tak pernah buat untuk kita..
Memang betul, kawan perlukan keihklasan but kalau kita tengok dari sudut lain, kenapa kita saja yang ihklas?
Kita rasa dipergunakan.  Kita kena ingat, what goes around come around.  Selagi kita tak ubah sikap kita, selagi itu kita akan rasa kesunyian.  Kita salahkan orang dan ada yang salahkan tuhan tapi pernah kita salahkan diri kita.  Pernah kita imbas hidup kita.  Banyak yang kita tak sedar.  Muhasabah diri kita.  Kawan-kawan akan datang dan pergi.  Kawan baru akan datang tapi mungkin kawan yang telah pergi itu yang terbaik untuk kita.
(petikan dari seseorang bergelar manusia)

Aku ada banyak kawan.  Tapi bukan semua yang terbaik.  Ada kawan seronok, kawan borak, kawan melepak dan kawan ketika duka.  Aku pernah lalui masalah dengan mereka tapi bila dah berbaik, hubungan kami semakin akrab.  Makin kenal satu sama lain.  Ada juga kawan yang memerlukan aku bersabar untuk permulaan tapi ianya berbaloi kerana mereka sentiasa ada untuk aku.  Ada juga yang gelar mereka kawan aku tapi talam dua muka.  Bila aku perlukan mereka untuk jujur dan terus terang mereka melarikan diri.  Ermm..  mereka kata bukan semua benda perlu diceritakan. Aku sangat setuju tapi bila perkara itu memberi kesan dalam perhubungan maka bagi aku berterus terang dan jujur teramatlah perlu.  Bukan sahaja dapat mengelakkan salah faham malah dapat memastikan hubungan lebih erat dan kekal hingga ke akhir hayat.

Kesimpulan.

Perkara yang paling mudah kita buat ialah menyakiti sesama kita.  Berdoalah agar dibalas di dunia daripada di akhirat kelak. Kemaafan yang paling sukar juga daripada manusia.  Kalau hidup kita sentiasa ada yang tidak kena, maka fikirkan hubungan kita dengan manusia.  Perlakuan kita adalah cermin terhadap personaliti kita.

P/S: kpd kengkawan, andai aku melakukan kesilapan sepanjamg perkenalan kita, aku memohon ampun dan maaf....aku manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan....Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan pula kita manusia biasa dan hina...

No comments: