Hidup Tak Selalunya Indah, Tapi Yang Indah Itu Tetap Hidup Dalam Kenangan
Pengalaman adalah sesuatu yang berharga. Namun yang lebih berharga adalah apa yang kita belajar dari pengalaman yang dilalui
kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Ingat..Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
sahabat, kawan n teman siapa mereka sebenarnya.klu sahabat kenape mudah goyah ngn dakyah2 luaran.cepat palingkan muka..selama ni apa niat mereka bersahabat.harapkan sesuatu yg mengembirakan jer ker atau susah senang bersama.
No comments:
Post a Comment