kisahkitew chepet

walaupun hidup kita selalu ceria macam SHIN CHAN tak semestinya kita tiada masalah macam NOBITA & DOREMON.Dalam hidup kita mesti selalu bekerjasama macam WONDERPETS agar kita tidak dapat masalah macam HAGEMARU....& kita mesti selalu jadi PENGHIBUR SAHABAT dalam suka & duka macam SPONGE BOB & PATRICK semoga kamu semua sentiasa senyum macam WOODY WOOD PACKER...Apa yang penting???KERJASAMA!!

Monday, September 10, 2018

HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM DARI JENERAL MATA KECIK..
lama nye x mencoret disini..yallah bukan sombong atau berubah cuma masa tidak mengizikan kita untuk berkongsi cerita KISAHKITEWCHEPET...banyak cerita sebenarnya yg berlaku dalam diri ini tp lebih berdiam diri dan belajar ape itu kehidupan sebagai seorang dewasa dan matang untuk masa akan datang supaya tidak akan jatuh terlentang...ok chill plzzz


sudah berubah tingkahlaku?
jangan merapu
aku terharu kau terpaku, tapi jangan ragu-ragu
jangan garu-garu tangan satu dalam saku
tarik nafas segar, cuci paru-paru

sebagai seorang lelaki perkara pertama yg paling susah adalah menyembunyikan air mata kita dari jatuh berderai di depan orang ramai terutama orang yg anggap kita sebagai pelindung dan tongkat mereka untuk terus berdiri dan berlari untuk future...


lebih banyak mengarut kerana pernah satu ketika dulu nak jadi tukang karut tp disebabkan penakut hanya mampu pecah diperut.,.

AL-fatihah untuk arwah MAK..doakan mak chepet di tempatkan di syurga dan dikalangan orang2 yg beriman dan baik2...saat mencoret ni genap 8bulan mak pergi meninggalkan chepet dan adik beradik...hati anak mana yg boleh terima kehilangan orang yg paling disayangi...tp kerana terpaksa aku relakan..biar laa mak berehat disana mak dah terlalu penat dan mak dah berjaya membesarkan kami 7 beradik dengan seorg diri..hanya doa je yg mampu dikirimkan untuk mak...

betul laa kata2 org veteran tu..jodoh kita lambat mungkin ada sebab kenape dan mengapa...allah lambatkan jodoh chepet mungkin sbb dia nak chepet jaga mak sehingga hembusan nafas terakhirnya...dan allah gantikan permata yg hilang dengan belian yg perlu digilap..

kita hanya mampu merancang dan menentukan adalah allah...punya laa rahsia perbincangan hal-hal nak berkahwin dengan mak sampai sanggup tggu semua adik beradik tido dulu baru bukak cerita hal nak kahwin ni...dan mak sering pesan “hal kahwin ni bukan benda main2 ko dah sedia ke zahir dan batin”(ko buat je majlis ko aku support je sbb aku dah x larat)
banyaknye pesanan dari perbincangan..tp yg paling win mak sanggup tunaikan hajat hati ni..supaya semua rancangan hanya kita anak beranak je tau xyah laa  sedara dan makcik2 bawang lain tau..nanti majlis bersanding baru jemput dorg itu pun jemput makan je...
tp sayang allah lebih memilih mak pergi dulu dan mak xsempat tengok anak jantan dia ni bersanding..atas pelamin yg dia sendiri create untuk majlis dia...sendu seketika..(mak tengok abg dari jauhkan)


14.4.2018 
alhamdullilah dengan sekali lafas chepet sah digelar suami orang..allahu dah jadi suami org wei..dalam sekelip mata je semua benda bertukar......


allah hantar seorang pemaisuri yg bijak dan tabah..untuk bantu dalam segala urusan majlis resepsi...dan disokong oleh tulang belakang yg sentiasa ada ketika jatuh bangun diri chepet..mekasih sangat kat kak cik dan kakak yg sentiasa ada untuk mengalas dan mengantikan tempat arwah MAK...dorg je laa tempat chepet bergantung harapan dan sentiasa menjadi bahan rujukan chepet...


Alhamdullilah allah beri pelangi yg indah selepas hujan yg xhenti2 turun mencurah ke bumi...sentiasa think positif..ingat allah tu sweet dia xkan uji hambanya diluar kemampuan diri hambanya..h.kehidupan yg tidak diuji adalah kehidupan yg paling bosan..

tangan sentiasa diangkat sebagai senjata ketika berperang dan bibir xpernah berhenti berdoa seumpama ombak yg sentiasa menghempas pantai...bersyukur dengan ape yg terjadi dan tabah dengan setiap ujian supaya akan jumpa suatu kerjayaan...
bukan semua mimpi itu akan jadi kenyataan dan bukan semua kenyataan itu impian kita

“dream not always become true but it not impossible to become true”











No comments: